Wednesday, May 7, 2008

CAJ PERKHIDMATAN 3 PERATUS PTPTN DIHAPUSKAN

Hari ini DNA mendapat khabar gembira daripada beberapa front mahasiswa di seluruh negara mengenai caj perkhidmatan 3% oleh PTPTN (ptptipu hehe..). Caj perkhidmatan atau RIBA 3% tidak perlu dibayar. Pada mulanya DNA agak terkejut dan DNA bertanyakan semula, bagaimana caj 3% telah dihapuskan??? Pelik tapi benar...

Rupa-rupanya mereka menjelaskan bahawa kita janganlah menyokong PTPTN menjalankan program riba mereka. Seperti di UPSI sendiri, banyak program dijalankan, tentang riba, DNA xtau lagi. Kolej Harun juga tidak pernah lagi DNA mendengar berlakunya program riba walaupun KHAR banyak membuat keuntungan hasil daripada program yang dijalankan.

Baik..Berbalik kepada isu PTPTN ini. Mahasisiwa sudah alert bahawa perkhidmatan caj 3% daripada jumlah pinjaman PTPTN merupakan satu polemik bagi mendapatkan keuntungan oleh pihak PTPTN. Polemik ini adalah bagi menguntungkan PTPTN itu sendiri yang kini sudah macam AH LONG .. Kenapa generasi sekarang harus dibebani oleh riba terancang ini?? Alasan bahawa caj tersebut untuk melicinkan pentadbiran tidak masuk akal kerana PTPTN merupakan agensi kerajaan di bawah seliaan KPT sendiri. Ya..Kita mahasiswa amat bersyukur dengan duit pinjaman yang diberikan oleh PTPTN. Malah kita mengakui bahawa PTPTN adalah sumber utama bagi kita untuk mendapatkan lesen (diploma,ijazah) untuk hidup di kuil-kuil universiti ini.

Persoalan di sini adalah, caj 3% dimansuhkan sahaja. Insyaallah kerajaan tidak akan rugi. DNA yakin mahasiswa yang ada ketika ini bukan golongan yang liat untuk membayar hutang. Jadi formula baru yang telah DNA perolehi tadi tentang caj 3% yang telah dihapuskan oleh kita sendiri.Bagaimana?? Senang sahaja..

Formula: Contohnya pinjaman 8 semester RM28,000.00 (SEPATUTNYA DIBAYAR)
JUMLAH PINJAMAN DAN RIBA RM28,000 + RM 8,400 (RIBA 3% X 10 TAHUN)
RM36,400. JADI, ANDA BAYAR SAHAJA SEHINGGA RM28,000. JANGAN
SOKONG RIBA. BAYAR SIKIT-SIKIT SEHINGGA CUKUP RM28,000.00. SETIAP KALI ANDA MEMBAYAR SEMULA HUTANG PTPTN, BERNIAT LA UNTUK BAYAR PINJAMAN SAHAJA..INSYAALLAH..

Mudah sahaja formula ini. Sekiranya ada surat mahkamah datang meminta riba dibayar, anda hubungi blog ini. Insyallah ada gerakan akan membantu anda. Amar makruf, nahi mungkar. Sebarkan pada rakan-rakan peminjam PTPTN (ah long suci).

Tuesday, May 6, 2008

Garis panduan, Kriteria lantik Naib Canselor

Petikan daripada Berita Harian (6 Mei 2008)

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi ingin merujuk surat yang disiarkan dalam ruangan ini pada 16 dan 17 April mengenai syor lantikan Naib Canselor perlu lulusan Doktor Falsafah (PhD).

Dalam usaha memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi, kementerian melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara pada 2007.

Antara strategi yang digariskan adalah untuk memantapkan sistem urus tadbir Institusi pengajian tinggi dengan meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, berkualiti dan integriti.



Bagi pelantikan Naib Canselor di IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan Jawatankuasa Carian, yang keahliannya terdiri daripada tokoh terkenal dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan penting. Jawatankuasa itu akan menerima pencalonan, menyenarai pendek, mengenal pasti serta mencadangkan calon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Naib Canselor.

Selain itu, kementerian juga menetapkan kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan seseorang Naib Canselor. Pelantikan Naib Canselor perlu diberi keutamaan kepada warga negara Malaysia yang layak.

Pemilihan Naib Canselor melalui proses temu duga adalah berasaskan kepada kriteria berikut:
  • Visi dan Misi.
  • Kepemimpinan dan Pengurusan.
  • Pencapaian Akademik.
  • Pengiktirafan.
  • Keperibadian Unggul.
  • Fasih berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
  • Lain-lain (laporan penilaian daripada bekas Naib Canselor).

Pencapaian akademik yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Di kalangan sarjana yang memaparkan pencapaian dan sumbangan akademik yang sangat istimewa kualiti dan nilainya serta mengatasi rakan akademik yang lain;
  • Mempunyai keupayaan untuk dihormati rakan akademiknya berdasarkan merit dan kredibiliti kesarjanaannya, dan
  • Mempunyai kuasa dalam disiplin ilmunya dan mampu memberikan kepemimpinan akademik yang baik bukan saja kepada mahasiswa, malah juga penyelidik, rakan akademik serta masyarakat.

NUR ASHIKIN OTHMAN,

Ketua Unit Media dan Komunikasi Korporat,

Kementerian Pengajian Tinggi.

************************************************************************************

DNA ingin mengutarakan persoalan kriteria pemilihan Naib Canselor (NC). Komen balas oleh Ketua Unit Media dan Komunikasi Korporat, KPT, mengenai pemilihan Naib Canselor adalah sekadar menjalankan tugas hakiki beliau sahaja. Kita semua harus maklum bahawa pemilihan NC bukan sekadar perlu menepati kriteria yang ditetapkan oleh KPT, tetapi ia lebih berpusarkan kepada pengaruh dan mainan politik sahaja. DNA perhatikan, jawatan NC sudah menjadi rebutan dikalangan ahli akademik (mcm ahli politik dah). Apabila sesuatu jawatan yg bersifat akademik atau ber'intelek', ia seharuslah menyusuri norma-norma atau etika intelektual itu sendiri. Rata-rata ahli akademik hari ini sudah lebih gemar menjadi ahli politik. (barang kali mereka dapat jawatan NC daripada org politik gak kot).

Jadi, misi dan visi universiti sudah mula diketepikan. NC yang ada pada hari ini lebih gemar mendengar atau bahasa indahnya menyondol ahli-ahli politik bagi melobi jawatan tersebut. Kita boleh lihat sendiri apa yang terjadi kepada NC UMS Prof Datuk Dr. Halimi Mohd Noor. Jawatan yg bakal beliau tinggalkan sudah menjadi rebutan oleh akademik yang bercita-cita tinggi untuk dimasyhurkan ke jawatan tersebut. DNA ingin memperjelaskan di sini bahawa UNIVERSITI adalah tempat untuk melahirkan teknokrat atau graduan berilmu tinggi. Malangnya apabila bakal-bakal NC waima TNC yg ada ketika ini lebih mementingkan agenda peribadi daripada hala tuju universiti, siapa yang menjadi mangsa? Apa akan terjadi apabila NC atau TNC ini membawa kaum kerabat, sanak saudara, geng-geng atau kroni ke dalam Universiti masing-masing? Bagaimanakah bentuk kualiti pensyarah yang diambil oleh Universiti sekiranya datang daripada kroni sendiri? Ini DNA hendak membuka minda kita bersama. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, maka tidak mustahil di masa akan datang semua IPTA yang ada ketika ini akan menjadi kuil sahaja. Kenapa menjadi kuil? Lu pikirlah sendiri (nabil raja lawak).

Banyak lagi contoh yang boleh kita lihat berlaku di IPTA lain seperti di UM ketika ini NC nya sudah menjadikan UM sebagai tapak membina wang. dengan menjualkan sebahagian tanah kepada pemaju semata-mata mencari kemewahan diri tanpa memikirkan masa depan menara gading terulung di negara kita. Inilah akibatnya apabila pemimpin yang dipilih bukan dikalangan ahlinya, malapetaka la yang akan menimpa. Mungkin di UPSI masih belum kelihatan lagi aksi sebegitu. tetapi bibit-bibitnya sudah kelihatan. Moga Allah hindarkan kita daripada pemimpin yang zalim.

DNA mengesyorkan agar pemilihan jawatan penting seperti NC, TNC-TNC hendaklah dilakukan dengan mengambil semua sudut pandangan bukan sahaja pandangan dari Jawatankuasa Carian KPT atau bekas NC atau kriteria-kriteria yang ditetapkan, tetapi pemilihan hendaklah mengambil pendapat dari semua pihak seperti Professor Emeritus, professor berpengalaman, ahli akademik bebas, pihak polis, masyarakat setempat, waima mahasiswa sekalipun boleh dilibatkan. DNA mahu melihat Universiti khususnya IPTA ditadbir oleh AHLINYA bukan pelobi jawatan. Oleh itu polemik yang dimainkan oleh KPT dalam kriteria memilih NC adalah suatu retorik dan mainan politik ahli akademik. Hatta, kelulusan yang dimiliki oleh seseorang NC atau TNC belum tentu lagi benar dan sahih. Ini kerana sudah terbukti ramai ahli akademik tiruan masa kini dengan mendustakan, menciplak, memalsukan, copy n paste tesis,kajian,jurnal dan buku2. (DNA yakin tenaga akademik di UPSI x mcm tu..hehe..). Harapannya agar berlakulah reformasi di dalam dunia melahirkan teknokrat ini agar ia dipimpin oleh insan yang ahlinya.

Renungan dan pandangan untuk kita bersama.

Mari kita hayati Firman Allah: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." (Surah an-Nisa' ayat 58).

Thursday, April 17, 2008

Jangan Keliru, Sedar Bidang Kuasa.

Saya melihat, seolah-olah, apa sahaja pembaharuan dan pembangunan yang wujud di UPSI ini adalah melalui usaha MPP. Pelajar sebenarnya keliru.Pihak pentadbiran ynag sebenarnya bertanggungjawab untuk melakukan semua ini. MPP tiada bidang kuasa untuk membuat perancangan bagi peruntukan dan bajet universiti. Mereka hanya boleh menjaga kebajikan pelajar. MPP pula tidak habis-habis mengatakan setiap pembaharuan adalah hasilan mereka. Selepas ini bangunan 8 tingkat yang bakal siap akan dikatakan hasil kerja MPP? Anda sebagai mahasiswa yang bijak tidak mungkin tidak dapat menilai? Isu dalam portal MPP UPSI seolah-olah mendabik dada dengan projek yang telah siap. Tetapi adakah mereka mengambil tahu akan betapa tidak strategiknya bilik kuliah baru di Taman Bernam itu? Dari sudut pelajar wanita yang pergi ke sana bagaimana dengan keselamatannya? Lain-lain isu seperti: Kes pelajar perempuan membonceng motosikal pelajar lelaki? Pakaian pelajar wanita ala bershopping? Penggunaan kemudahan yang terhad? Peruntukan kewangan bagi kelab dan persatuan yang sedikit? Dan banyak lagi..... Kita sekarang sudah memasuki era baru pendidikan. Jangan hendak dibanggakan dengan perkara yang terlalu kecil. Malu! Universiti lain jauh lebih baik dari kita. Kita perlu membuat anjakan paradigma yang betul-betul mantap. Buktikan perkataan BITARA itu!

Wednesday, April 16, 2008

Kaji Semula: Latihan Industri Bagi Pelajar Kemahiran Hidup Dan Keusahawanan.

Pihak kami sangat terkilan apabila mendengar wujudnya masalah yang tidak sepatutnya wujud dalam pengurusan kurikulum pelajar di UPSI. LI ataupun Latihan Industri ini diwajibkan ke atas pelajar Keusahawanan dan Kemahiran Hidup. Persoalannya di sini, apakah relevannya ia dilakukan? Seolah-olah, mereka seperti pelajar universiti lain yang mengambil kursus-kursus seperti kejuruteraan, rekabentuk dan sebagainya. Apa yang menyedihkan adalah tiada pihak yang betul-betul membantu mereka untuk segala pengurusan dari segi dokumen untuk mereka menjalankan LI tersebut. Mungkin ada rasionalnya dari segi mendapat gambaran dalam bidang yang mereka ambil. Namun, sewajarnya diteliti dan diperhalusi dengan baik. Harapan kami agar pelajar-pelajar ini mendapat hak dan pembelaan yang sepatutnya!

Alahai Anak Emak...

"Hai nok..tlg mak jadi mc boleh x?Choi je ko nok!"
Anda biasa dengar tak dialog ini di pejabat MPSJ? Oppss MPP. Alah bisa tegal biasa,alah nyah dah biasa..hehe. Bukan nak mengutuk tapi nak menegur dari sudut kredibiliti kepimpinan. Wajarkah pemimpin bercakap dengan menggunakan bahasa Malaynyah? Bahasa Malaynyah ini telah berleluasa di Malaysia. Bahasa ini pada mulanya diwujudkan oleh pengikut fahaman Confusenyahnisme yang berpusat di HTTC ( Hj Taib Trade Centre ). HTTC merupakan pusat perdagangan yang terkenal di Malaysia dan dimonopoli oleh golongan Beauty Male Sister (BMS). Wanita sasa berbulu kaki ini telah menyebarkan fahaman-fahaman mereka ke seluruh tanah air termasuk Sabah dan Sarawak. Kini mahasiswa juga turut menjadi pengikut mereka dan menggelarkan diri mereka sebagai mahasister. Mereka inilah yang sering mencari generasi pelapis yang tidak akan menyertai PALAPES di IPTA. Dan apabila MPP membawa penularan bahasa ini, ia akan memberi kesan buruk kepada lelaki sejati idaman wanita di UPSI. Takut-takut ramai yang terikut. Bayangkan pemain ragbi UPSI menjadi Akak Sasa? Huh..! Tapi tidak mengapa, ada masa untuk berubah. Emak kita lahirkan kita dengan tahu jantina kita. Wajarkah kita mengubah hukum alam? Anda sayang emak tak???

Jangan cepat melatah apabila membaca kiriman saya yang sangat sensitif ini. Saya hanya tidak mahu kita merosakkan budaya Melayu yang tiada unsur sebaran Barat ini. Saya hanya mahu menegur MPP dari terus mengabaikan aspek ini. Tidak semua MPP begitu, tapi segelintir sahaja. Mungkin anda tidak mahu mengaku. Tapi, cukup sekadar sedar bahawa Angkatan Pelajar Sedar sentiasa SEDAR akan tanggungjawab sebagai Skuad Penyedar 69. Kalau anda mengatakan ini semua palsu dan fitnah, terpulang. Mak cik cleaner dekat Bitarasiswa pun sependapat dengan saya. Kalau anda kutuk saya, beerti anda juga kutuk mak cik tersebut. Doa seorang ibu termakbul. Hmm..Tampakkan dirimu dengan bahasamu...Jangan ubah motto MPP kepada:

"Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan"

Bacalah Wahai Guru Budiman

Seorang ibu guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil. Ibu guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat kapur ini, maka berkatalah “Kapur!”, jika saya angkat pensil ini, maka berkatalah “Pensil!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat
antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat
kapur, maka sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka katakanlah
“Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kikuk, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kikuk. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu
jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang susah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham guru…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Ini ada Qur’an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa menginjak karpet?”

Murid-muridnya berpikir.
Ada
yang mencoba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet. “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-nginjak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuatlah pondasi yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, Lemari dikeluarkan dulu satu persatu, baru rumah dirobohkankan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghantam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang menginjak-nginjak, bu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah
Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sadar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

Aduhai Cikgu Belangkas...

(Maaflah bahasa agak kurang sopan, tapi rasanya ok kot untuk menegur perbuatan yang lagi kurang sopan)

Per:Mahasiswa dan Mahasiswi UPSI Menjadi Contoh Kepada Pelajar Sekolah..Ye ke?

Nak kata dah kahwin, rasanya belum lagi, bila tanya bila nak kawin?
entahlah….. x tau lagi….perangai mengalahkan org dah kawin berkepit sana-sini, padahal bukan muhrim,ikut trend masa kini.. heran….pegang tangan tak takut dosa ke, berpeluk-pelukkan x tau malu ker, tak kasihan mak bapak ker, hantar suruh belajar / kejer kau buat leka…nak kata tak belajar agama,kecik-kecik mak bapak hantar, sekarang nak salah siapa kalau buat dosa, sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar… belajar tinggi sampai gayat, tp tak amal sepanjang hayat islam tu kan penyelamat, bila nak amal…. tunggu sampai jadi mayat ?… sana sini buat wayang, orang tengok naik bengang, itu belum lagi rumput kat padang, kalau idup sure kena terajang… dulu masa single okey jer, sekarang dah couple banyak lak dosa, bila org tegur buat derk jer, apa…. kulit dah tebal nak masuk neraka?… bila kena tangkap khalwat, buat muka jadi kelat, malu mengalahkan ikan jelawat, tambah muka penuh jerawat.. masa buat x tau malu, ikut sangat telunjuk nafsu, buat maksiat x segan silu, sekarang lagu mana… susu dah jadi keju..suruh sembahyang…nanti..nanti.. boyfriend tepon terus pergi, nak bersyukur atas nikmat allah x reti², boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²… yang si mamat nie pun sama, suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama, mana taknya dah berjanji hidup bersama, sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama, kesudahanya hari jumaat, org pegi solat jumaat, dia bershopping bukan main ligat, layan awek sampai penat… kalau diri dah gatal sangat, kahwin jer cepat lagi selamat, ni couple takde matlamat, sajer suka² penuhi syarat.. org couple dier ikut sama, tak sedar diri tu papa kedana, papa ilmu papa agama, macam mana ‘ bercinta cara islam’ itu nak dijana…. bukan mengata bukan mengumpat, siapa suruh buat wayang x bertempat, kalau x suka diri diumpat, jangan buat benda yang x tepat… bonceng sana bonceng sini, bontot tertonggek x malu pulak, siap bangga x terperi, dapat peluk pinggang balak.. balak kat depan mata melilau, awek kat belakang bukannya nampak, siap mengurat muslimah yg pegi surau, silap hari bulan sure kena sepak.. awek pulak bangang, perangai macam lalang, percayakan balak bergalang-galang, yelah….balak cover, belum pecah tembelang… pegang sana pegang sini, x takut ker susutnilai, kahwin belum tentu lagi, kalau x jadi x ker hilang permata bernilai…tulah… Tuhan bg akal x pakai, Tuhan bagi hati x tahu menilai, diri sendiri yang lalai, baik buruk pun x reti nak nilai.. kalau org cakap marah, bila org nasihat melenting, “taulah…taulah x payah susah²,” tau lak senyap bila dah bunting…. la ni baru nak ingat Tuhan, itu pun nasib baik ingat, menangis dah x leh nak tahan², baru sekarang menyesal bangat…. nasib baik tuhan tu maha penyayang, itupun nasib baik umur masih panjang,ada peluang nak mengucap panjang, mintak ampun, panjat doa memanjang… perkara lepas jangan dikenang, pintu taubat terbuka luas, hidup bukan untuk bersenang-senang, tetapi untuk meraih & mencari redha Allah yg maha luas…