Thursday, April 17, 2008

Jangan Keliru, Sedar Bidang Kuasa.

Saya melihat, seolah-olah, apa sahaja pembaharuan dan pembangunan yang wujud di UPSI ini adalah melalui usaha MPP. Pelajar sebenarnya keliru.Pihak pentadbiran ynag sebenarnya bertanggungjawab untuk melakukan semua ini. MPP tiada bidang kuasa untuk membuat perancangan bagi peruntukan dan bajet universiti. Mereka hanya boleh menjaga kebajikan pelajar. MPP pula tidak habis-habis mengatakan setiap pembaharuan adalah hasilan mereka. Selepas ini bangunan 8 tingkat yang bakal siap akan dikatakan hasil kerja MPP? Anda sebagai mahasiswa yang bijak tidak mungkin tidak dapat menilai? Isu dalam portal MPP UPSI seolah-olah mendabik dada dengan projek yang telah siap. Tetapi adakah mereka mengambil tahu akan betapa tidak strategiknya bilik kuliah baru di Taman Bernam itu? Dari sudut pelajar wanita yang pergi ke sana bagaimana dengan keselamatannya? Lain-lain isu seperti: Kes pelajar perempuan membonceng motosikal pelajar lelaki? Pakaian pelajar wanita ala bershopping? Penggunaan kemudahan yang terhad? Peruntukan kewangan bagi kelab dan persatuan yang sedikit? Dan banyak lagi..... Kita sekarang sudah memasuki era baru pendidikan. Jangan hendak dibanggakan dengan perkara yang terlalu kecil. Malu! Universiti lain jauh lebih baik dari kita. Kita perlu membuat anjakan paradigma yang betul-betul mantap. Buktikan perkataan BITARA itu!

Wednesday, April 16, 2008

Kaji Semula: Latihan Industri Bagi Pelajar Kemahiran Hidup Dan Keusahawanan.

Pihak kami sangat terkilan apabila mendengar wujudnya masalah yang tidak sepatutnya wujud dalam pengurusan kurikulum pelajar di UPSI. LI ataupun Latihan Industri ini diwajibkan ke atas pelajar Keusahawanan dan Kemahiran Hidup. Persoalannya di sini, apakah relevannya ia dilakukan? Seolah-olah, mereka seperti pelajar universiti lain yang mengambil kursus-kursus seperti kejuruteraan, rekabentuk dan sebagainya. Apa yang menyedihkan adalah tiada pihak yang betul-betul membantu mereka untuk segala pengurusan dari segi dokumen untuk mereka menjalankan LI tersebut. Mungkin ada rasionalnya dari segi mendapat gambaran dalam bidang yang mereka ambil. Namun, sewajarnya diteliti dan diperhalusi dengan baik. Harapan kami agar pelajar-pelajar ini mendapat hak dan pembelaan yang sepatutnya!

Alahai Anak Emak...

"Hai nok..tlg mak jadi mc boleh x?Choi je ko nok!"
Anda biasa dengar tak dialog ini di pejabat MPSJ? Oppss MPP. Alah bisa tegal biasa,alah nyah dah biasa..hehe. Bukan nak mengutuk tapi nak menegur dari sudut kredibiliti kepimpinan. Wajarkah pemimpin bercakap dengan menggunakan bahasa Malaynyah? Bahasa Malaynyah ini telah berleluasa di Malaysia. Bahasa ini pada mulanya diwujudkan oleh pengikut fahaman Confusenyahnisme yang berpusat di HTTC ( Hj Taib Trade Centre ). HTTC merupakan pusat perdagangan yang terkenal di Malaysia dan dimonopoli oleh golongan Beauty Male Sister (BMS). Wanita sasa berbulu kaki ini telah menyebarkan fahaman-fahaman mereka ke seluruh tanah air termasuk Sabah dan Sarawak. Kini mahasiswa juga turut menjadi pengikut mereka dan menggelarkan diri mereka sebagai mahasister. Mereka inilah yang sering mencari generasi pelapis yang tidak akan menyertai PALAPES di IPTA. Dan apabila MPP membawa penularan bahasa ini, ia akan memberi kesan buruk kepada lelaki sejati idaman wanita di UPSI. Takut-takut ramai yang terikut. Bayangkan pemain ragbi UPSI menjadi Akak Sasa? Huh..! Tapi tidak mengapa, ada masa untuk berubah. Emak kita lahirkan kita dengan tahu jantina kita. Wajarkah kita mengubah hukum alam? Anda sayang emak tak???

Jangan cepat melatah apabila membaca kiriman saya yang sangat sensitif ini. Saya hanya tidak mahu kita merosakkan budaya Melayu yang tiada unsur sebaran Barat ini. Saya hanya mahu menegur MPP dari terus mengabaikan aspek ini. Tidak semua MPP begitu, tapi segelintir sahaja. Mungkin anda tidak mahu mengaku. Tapi, cukup sekadar sedar bahawa Angkatan Pelajar Sedar sentiasa SEDAR akan tanggungjawab sebagai Skuad Penyedar 69. Kalau anda mengatakan ini semua palsu dan fitnah, terpulang. Mak cik cleaner dekat Bitarasiswa pun sependapat dengan saya. Kalau anda kutuk saya, beerti anda juga kutuk mak cik tersebut. Doa seorang ibu termakbul. Hmm..Tampakkan dirimu dengan bahasamu...Jangan ubah motto MPP kepada:

"Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan"

Bacalah Wahai Guru Budiman

Seorang ibu guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil. Ibu guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pensil. Jika saya angkat kapur ini, maka berkatalah “Kapur!”, jika saya angkat pensil ini, maka berkatalah “Pensil!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat
antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat
kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat
kapur, maka sebutlah “Pensil!”, jika saya angkat pensil, maka katakanlah
“Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kikuk, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kikuk. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu
jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan waktu.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang susah, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disadari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham guru…”

“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.

“Ini ada Qur’an,saya akan meletakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa menginjak karpet?”

Murid-muridnya berpikir.
Ada
yang mencoba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet. “Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya…Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-nginjak anda dengan terang-terang…Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibuatlah pondasi yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn pondasinya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kursi dipindahkan dulu, Lemari dikeluarkan dulu satu persatu, baru rumah dirobohkankan…”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghantam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan mempengaruhi anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka… Dan itulah yang mereka inginkan.” “Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang menginjak-nginjak, bu?” tanya murid- murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.” “Begitulah
Islam… Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sadar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar”.

“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…” Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya…

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

Aduhai Cikgu Belangkas...

(Maaflah bahasa agak kurang sopan, tapi rasanya ok kot untuk menegur perbuatan yang lagi kurang sopan)

Per:Mahasiswa dan Mahasiswi UPSI Menjadi Contoh Kepada Pelajar Sekolah..Ye ke?

Nak kata dah kahwin, rasanya belum lagi, bila tanya bila nak kawin?
entahlah….. x tau lagi….perangai mengalahkan org dah kawin berkepit sana-sini, padahal bukan muhrim,ikut trend masa kini.. heran….pegang tangan tak takut dosa ke, berpeluk-pelukkan x tau malu ker, tak kasihan mak bapak ker, hantar suruh belajar / kejer kau buat leka…nak kata tak belajar agama,kecik-kecik mak bapak hantar, sekarang nak salah siapa kalau buat dosa, sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar… belajar tinggi sampai gayat, tp tak amal sepanjang hayat islam tu kan penyelamat, bila nak amal…. tunggu sampai jadi mayat ?… sana sini buat wayang, orang tengok naik bengang, itu belum lagi rumput kat padang, kalau idup sure kena terajang… dulu masa single okey jer, sekarang dah couple banyak lak dosa, bila org tegur buat derk jer, apa…. kulit dah tebal nak masuk neraka?… bila kena tangkap khalwat, buat muka jadi kelat, malu mengalahkan ikan jelawat, tambah muka penuh jerawat.. masa buat x tau malu, ikut sangat telunjuk nafsu, buat maksiat x segan silu, sekarang lagu mana… susu dah jadi keju..suruh sembahyang…nanti..nanti.. boyfriend tepon terus pergi, nak bersyukur atas nikmat allah x reti², boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²… yang si mamat nie pun sama, suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama, mana taknya dah berjanji hidup bersama, sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama, kesudahanya hari jumaat, org pegi solat jumaat, dia bershopping bukan main ligat, layan awek sampai penat… kalau diri dah gatal sangat, kahwin jer cepat lagi selamat, ni couple takde matlamat, sajer suka² penuhi syarat.. org couple dier ikut sama, tak sedar diri tu papa kedana, papa ilmu papa agama, macam mana ‘ bercinta cara islam’ itu nak dijana…. bukan mengata bukan mengumpat, siapa suruh buat wayang x bertempat, kalau x suka diri diumpat, jangan buat benda yang x tepat… bonceng sana bonceng sini, bontot tertonggek x malu pulak, siap bangga x terperi, dapat peluk pinggang balak.. balak kat depan mata melilau, awek kat belakang bukannya nampak, siap mengurat muslimah yg pegi surau, silap hari bulan sure kena sepak.. awek pulak bangang, perangai macam lalang, percayakan balak bergalang-galang, yelah….balak cover, belum pecah tembelang… pegang sana pegang sini, x takut ker susutnilai, kahwin belum tentu lagi, kalau x jadi x ker hilang permata bernilai…tulah… Tuhan bg akal x pakai, Tuhan bagi hati x tahu menilai, diri sendiri yang lalai, baik buruk pun x reti nak nilai.. kalau org cakap marah, bila org nasihat melenting, “taulah…taulah x payah susah²,” tau lak senyap bila dah bunting…. la ni baru nak ingat Tuhan, itu pun nasib baik ingat, menangis dah x leh nak tahan², baru sekarang menyesal bangat…. nasib baik tuhan tu maha penyayang, itupun nasib baik umur masih panjang,ada peluang nak mengucap panjang, mintak ampun, panjat doa memanjang… perkara lepas jangan dikenang, pintu taubat terbuka luas, hidup bukan untuk bersenang-senang, tetapi untuk meraih & mencari redha Allah yg maha luas…

Pelajar Kita Kurang Mantap.

Dalam kesempatan ini, DNA ingin mengutarakan sedikit isu yang agak sensitif. Pelajar UPSI dilihat kurang mantap berbanding pelajar Maktab dan Institut Perguruan. Hal ini dapat kita lihat sewaktu pelajar melakukan Praktikum di sekolah-sekolah. Pelajar sukar untuk membezakan antara pembentangan dan pengajaran. Cara atau kaedah pengajaran pelajar UPSI lebih kepada pembentangan. Penyampaian cukup hambar. Apakah masalah sebenarnya? BITARA merupakan satu istilah yang sememangnya sinonim dengan pelajar UPSI. Namun, hakikatnya tiada nilai bitara itu wujud dalam diri mereka. Sepatutnya, pengertian BITARA ini dijadikan satu prinsip yang diamalkan. Tetapi ia sudah disalahertikan. Guru yang bagus adalah guru yang boleh menerima apa jua keadaan, bukan hanya menanti untuk disuap. Oleh yang demikian sedarlah wahai anak kandung suluh budiman, erti GURU itu bukan terletak pada nama kerjaya itu, tetapi pada hati dan jati diri pendidik sejati.

Tuesday, April 8, 2008

Bila Fakulti Pendidikan Di Universiti Lain Akan Dimansuhkan?

DNA ingin membuka ruang fikiran rakan siswa di sini. Salah satu manisfesto ASPIRASI adalah untuk menghapuskan fakulti pendidikan di universiti lain. Ini bermakna hanya UPSI sahaja yang hanya mempunyai fakulti pendidikan. Sudahkah barisan MPP yang menang semua kerusi tahun lalu membuat tindakan mereka? Ataupun itu hanya cakap-cakap kosong sahaja dan tidak berasas. Jangan tersilap, janji tetap janji. Orang munafik tidak mengotakan janji mereka. Bukan hendak mencari salah, cuma mahukan mereka untuk kota apa yang dikata dan bukannya apa nak dikata.

Pemenang Anugerah Perdana Naib Canselor UPSI


DNA:
Nur Azlizan Sapuan baru-baru ini telah merangkul Anugerah Perdana NC pada Majlis Malam Anugerah Keterampilan UPSI yang berlangsung di Crystal Crown Hotel pada 5 April 2008. Sedikit mengejutkan apabila beliau menerima anugerah tersebut. Beliau mengetepikan calon-calon lain untuk anugerah tersebut. Saudara Ahmad Sani dijangka memenangi anugerah tersebut, namun hanya sekadar jangkaan. Jangkaan kami meleset sama sekali. Melalui maklumat yang kami terima, berkemungkinan besar beliau ( Nur Azlizan ) mendapat anugerah tersebut berdasarkan pencapaian akademik. Apapun, tahniah!

Sampingan: Bekas YDP dan Timbalannya masing-masing memenangi anugerah bagi kategori Kepimpinan Lelaki dan Wanita.

Bekas MPP dilihat menjadi calon utama untuk memenangi setiap anugerah besar. Nampaknya tertutuplah peluang individu lain yang tidak kurang juga hebatnya....

Apa Kata Siswa UPSI?


Penyedar menulis:

Mahasiswa menyambut baik cadangan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberi mahasiswa dan universiti lebih kebebasan dalam usaha melahirkan intelektual generasi kedua yang lebih berdaya saing serta mempunyai daya tahan yang tinggi.

Sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali akta tersebut dan memberi nafas baru kepada universiti dan mahasiswa untuk lebih bergiat aktif dan kreatif. Kebebasan seharusnya diberikan sepenuhnya kepada mereka agar dapat memajukan diri dan melonjakkan kredibilti universiti ke peringkat antarabangsa. Universiti berhak menentukan halatuju masing-masing untuk memberi khidmat terbaik kepada ummah dan melahirkan ramai graduan yang berkualiti tinggi untuk menjadi ejen perubahan kepada masyarakat dan negara. Justeru, tidak perlu adanya apa-apa sekatan atau akta yang boleh menyekat dan merencatkan visi atau misi sesebuah unversiti.

Selain itu, mahasiswa juga merupakan elemen yang penting untuk membawa arus perubahan dalam masyarakat. Bergelar golongan cerdik pandai dan cendikiawan muda mereka ini haruslah diberi lebih perhatian dan kebebasan untuk bergiat lebih aktif dan kreatif di dalam dan luar universiti. Mereka ini sepatutnya tidak terikat dengan mana-mana akta untuk menyuarakan pandangan, mengkritik mana-mana pihak dan terlibat dengan mana-mana pertubuhan termasuk parti-parti politik. Mengapa perlu adanya halangan dan sekatan? Jika mereka melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan, maka ambillah tindakan yang sewajarnya dengan memberi teguran dan tunjuk ajar kepada mereka.

Galakan haruslah diberikan kepada mereka untuk terlibat dengan mana-mana pertubuhan khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan gerakan sivil dan kemasyarakatan. Pengalaman dan ilmu yang mereka perolehi di kampus sewajarnya di kongsi bersama dengan masyarakat di luar disamping mereka akan menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru apabila bergiat aktif di dalam kelompok masyarakat. Cadangan pindaan ini haruslah dipandang serius oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang dipimpin oleh Dato’ Khaled memandangkan keputusan undian pesanan khidmat ringkas (SMS) yang dibuat oleh TV3 malam tadi menunjukkan 91% masyarakat pelbagai latarbelakang bersetuju untuk AUKU dimansuhkan bukan dipinda.