Tuesday, April 8, 2008

Bila Fakulti Pendidikan Di Universiti Lain Akan Dimansuhkan?

DNA ingin membuka ruang fikiran rakan siswa di sini. Salah satu manisfesto ASPIRASI adalah untuk menghapuskan fakulti pendidikan di universiti lain. Ini bermakna hanya UPSI sahaja yang hanya mempunyai fakulti pendidikan. Sudahkah barisan MPP yang menang semua kerusi tahun lalu membuat tindakan mereka? Ataupun itu hanya cakap-cakap kosong sahaja dan tidak berasas. Jangan tersilap, janji tetap janji. Orang munafik tidak mengotakan janji mereka. Bukan hendak mencari salah, cuma mahukan mereka untuk kota apa yang dikata dan bukannya apa nak dikata.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.
izinkan saya memperbetulkan kenyataan insan yang memutar belitkan fakta. ingat sebarkan maklumat salah bleh mengundang dosa. MPP yang terpilih telah menjalankan tugas sehabis baik. pada hemat saya, kebanyakan manifesto mereka telah mereka laksanakan. berkenaan isu fakulti pendidikan..MPP mengutarakan untuk memperjuangkan supaya tidak ader lagi mana2 universiti lain untuk membuka atau mewujudkan fakulti pendidikan. alhamdulillah usul ini telah dimajukan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi yang lama. manifesto lain pula seperti kemudahan moist fan, menawarkan biasiswa KPM untuk semua kursus, pengiktiran kursus2 baru, isu bas semakin pulih, kampus induk dalam proses pembinaan dalam perjumpaan MPP bersama YB Menteri KPT yang baru, beliau telah meluluskan projek kampus UPSI dan satu2 kampus yang telah diluluskan oleh beliau setelah menjadi menteri. MPP UPSI sedang memperjuangkan pengurangan yuran sem 8. aktiviti membentuk sahsiah pelajar upsi turut menjadi agenda MPP kali ini. namun sedar wahai insan..berfikirlah dengan waras dan bukan dengan emosi wahai DNA

Anonymous said...

Salam..Pemansuhan Fakulti Pendidikan di Universiti lain boleh dilaksanakan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan.Tetapi,kita seharusnya tahu bagaimana sukarnya untuk berurusan dengan pihak2 yg sepatutnya.apa yg saya tahu drp sumber2 yg boleh dipercayai,tindakan MPP ini telah dibuat dan diusulkan kpd pihak atasan dan mereka perlu mengkaji apa yg telah diusulkan.benda ni bukannya mudah dan memerlukan byk prosedur.lebih2 lg semenjak kepimpinan dlm politik telah berubah slps PRU12.oleh itu,kita seharusnya bersabar dan anda boleh memberikan idea kpd MPP dan membantu mereka dlm merialisasikan harapan semua pelajar UPSI.tak salah membangkitkan hal ini, tetapi sekiranya perkara ini hendak diselesaikan dengan segera,sama2lah kita membantu pihak MPP dan juga pihak UPSI sendiri.