Tuesday, April 8, 2008

Pemenang Anugerah Perdana Naib Canselor UPSI


DNA:
Nur Azlizan Sapuan baru-baru ini telah merangkul Anugerah Perdana NC pada Majlis Malam Anugerah Keterampilan UPSI yang berlangsung di Crystal Crown Hotel pada 5 April 2008. Sedikit mengejutkan apabila beliau menerima anugerah tersebut. Beliau mengetepikan calon-calon lain untuk anugerah tersebut. Saudara Ahmad Sani dijangka memenangi anugerah tersebut, namun hanya sekadar jangkaan. Jangkaan kami meleset sama sekali. Melalui maklumat yang kami terima, berkemungkinan besar beliau ( Nur Azlizan ) mendapat anugerah tersebut berdasarkan pencapaian akademik. Apapun, tahniah!

Sampingan: Bekas YDP dan Timbalannya masing-masing memenangi anugerah bagi kategori Kepimpinan Lelaki dan Wanita.

Bekas MPP dilihat menjadi calon utama untuk memenangi setiap anugerah besar. Nampaknya tertutuplah peluang individu lain yang tidak kurang juga hebatnya....

1 comment:

cipan88 said...

Salam Bitara...
Menyatakan rasa tidak puas hati hanya meyakini bahawa andalah yang paling layak untuk memegang title "Anugerah Naib Canselor" seolah - olah saudara terlalu 'desperate' untuk mendapat anugerah mahupun jawatan sementelah saya cukup - cukup mengenali saudara dari kali pertama menjejakkan kaki di bumi UPSI khususnya KHAR. Karektor saudara yang hanya menjadi seorang "Jeneral" mengarahkan itu ini begitu dan begini kepada angkatan JMK KHAR seolah bagai kerbau dicucuk hidungnya dengan tali. Maka terhasilah pemimpin Kronisme secara turun temurun bermula dari empayar saudara hinggalah kepada yang bakal dibentuk bagi sesi 2008/2009 kelak. Mungkin saudara Hafiz yang bakal menerajui potfolio selaku YDP JMK KHAR mempunyai pandangan yang berbeza dengan saudara tetapi tetap juga merujuk kepada "sifoo" nya yang satu ini. Ibarat "remote control" di bumi MPSAH. Tertulis di dalam syarat pencalonan penglibatan aktif bermula dari semester 1 hingga 8 dan juga beberapa kriteria yang lain. Perlu dikatakan di sini saudara hanya berada di bumi UPSI hingga semester 6 dan sumbangan diberikan hanyalah bertumpu kepada KHAR semata - mata. Karnival Hari Terbuka, Karnival ICT, Flora dan Fauna, dan seangkatan dengannya hanyalah sekadar memenuhi duit poket tabung JMK KHAR untuk mendapatkan dana agar secara tahunan membuat lawatan ke luar negara. Sebut sahaja negara mana yang KHAR tidak pernah lawati. Vietnam? Beijing? Brunei? Sabah? Medan? Bandung? New Zealand? Ghuang Zhou? Peliknya hasil daripada hubungan intim dengan Mantan Pengetua membolehkan segala program anjuran KHAR ke luar negara "dibolehkan" dan mendapat "blessing" daripada NC. Tetapi agak sukar mendapatkan kelulusan bagi kolej – kolej yang lain. Kenapa ye ? Mungkin selepas mendapat anugerah NC barangkali memudahkan "jemaah - jemaah" saudara boleh pergi kemana- mana sahaja. Sumbangan dan penglibatan aktiviti saudara tidaklah sehebat mana pun dan dari segi markah meritnya boleh ditandingi oleh calon2 yang hanya mencalonkan diri dalam kategori individu kepimpinan pun saya rasa. Ada baiknya juga saudara uploadkan sahaja borang pencalonan saudara di dalam portal supaya semua orang boleh lihat dan nilaikan sendiri orang yang selayaknya mendapat tempat untuk Anugerah NC. Berlandaskan title "penyelaras Program atau Pengerusi Program adakah mampu menyaingi sahabat - sahabat lain yang menjadi pengarah yang memberikan manfaat kepada seluruh warga UPSI. Kenapa tahun lepas KHAR mendominasi kebanyakan anugerah tidak dipertikaikan oleh orang lain. Dan ini kerana pihak - pihak lain merasakan bahawa KHAR memang layak mendapat anugerah - anugerah tersebut atas pencapaian yang ditunjukkan. Dan mengapa pula di saat - saat akhir perlu dimasukkan kategori Keusahawanan pada tahun lepas? Adakah disebabkan pakatan mantan pengetua dengan HEP agar dibolehkan KHAR menggondol bersih semua anugerah??? Terpulanglah kepada saudara untuk menilainya. Orang lain tidak akan terhegeh - hegeh meminta sekiranya dia tahu bahawa dialah yang paling LAYAK....