Wednesday, April 16, 2008

Kaji Semula: Latihan Industri Bagi Pelajar Kemahiran Hidup Dan Keusahawanan.

Pihak kami sangat terkilan apabila mendengar wujudnya masalah yang tidak sepatutnya wujud dalam pengurusan kurikulum pelajar di UPSI. LI ataupun Latihan Industri ini diwajibkan ke atas pelajar Keusahawanan dan Kemahiran Hidup. Persoalannya di sini, apakah relevannya ia dilakukan? Seolah-olah, mereka seperti pelajar universiti lain yang mengambil kursus-kursus seperti kejuruteraan, rekabentuk dan sebagainya. Apa yang menyedihkan adalah tiada pihak yang betul-betul membantu mereka untuk segala pengurusan dari segi dokumen untuk mereka menjalankan LI tersebut. Mungkin ada rasionalnya dari segi mendapat gambaran dalam bidang yang mereka ambil. Namun, sewajarnya diteliti dan diperhalusi dengan baik. Harapan kami agar pelajar-pelajar ini mendapat hak dan pembelaan yang sepatutnya!

1 comment:

Anonymous said...

ari tue..aku tanya memembe kos usahawan dan kemahiran hidup..depa kata depa setuju ada LI nie..cuma ari tue kalut sangat..sampaikan tak dan nak carik tempat nal LI..pastue dari segi pengurusan je tak teratur..banyak benda lagi bleh di baiki..dengaq cita depa..MPP ada wat perjumpaan bawak wakil kos usahawan,IT,rekabentuk ngan KH jupak Prof Zakaria (TNC A)..depa pun dah tau lagu mana jadi macam nie sem nie..so..harap2..sem depan tak dak lagi laa yang kekalut macam sem nie..buat geng KH ngan USAHWAN yang amik LI...aku sapot hampa..kalau ada masalah..kita suh MPP tolong mana yang patut..