Wednesday, April 16, 2008

Pelajar Kita Kurang Mantap.

Dalam kesempatan ini, DNA ingin mengutarakan sedikit isu yang agak sensitif. Pelajar UPSI dilihat kurang mantap berbanding pelajar Maktab dan Institut Perguruan. Hal ini dapat kita lihat sewaktu pelajar melakukan Praktikum di sekolah-sekolah. Pelajar sukar untuk membezakan antara pembentangan dan pengajaran. Cara atau kaedah pengajaran pelajar UPSI lebih kepada pembentangan. Penyampaian cukup hambar. Apakah masalah sebenarnya? BITARA merupakan satu istilah yang sememangnya sinonim dengan pelajar UPSI. Namun, hakikatnya tiada nilai bitara itu wujud dalam diri mereka. Sepatutnya, pengertian BITARA ini dijadikan satu prinsip yang diamalkan. Tetapi ia sudah disalahertikan. Guru yang bagus adalah guru yang boleh menerima apa jua keadaan, bukan hanya menanti untuk disuap. Oleh yang demikian sedarlah wahai anak kandung suluh budiman, erti GURU itu bukan terletak pada nama kerjaya itu, tetapi pada hati dan jati diri pendidik sejati.

1 comment:

Redhuan D. Oon said...

Masalah ini kedengaran dikalangan banyak IPTA lain juga. Ini adalah kelemahan sistem perguruan dan pengubal kurikulum.

Yang top top sudah tak minat jadi chegu. Hanya yang inginkan kerjaya selamat sahaja. Maka mereka tidak dapat berdepan dengan keperluan dan tekanan semasa yang memerlukan rombakan kurikulum yang baik.

Kurikulum sepatutnya di kaji semula oleh pihak berkuasa. Mereka juga tidak menampakkan dinamika dan pembaharuan.

Saya minat sangat bantu soal ini. Tetapi saya tidak empunya ijazah.